Happy Cat Kaoani

Khamis, 8 September 2016

KEJUJURAN

Sajak Amanah

Amanah,Amanah,Amanah
Kata-kata itu tetap bordering dalam telingaku
Kata-kata itu tetap kekal dalam jiwaku.

Amanah,Amanah,Amanah
Tugas yang diberikan terlaksana dengan sempurna
Tanggungjawab sebagai murid terpikul sebaik-sebaiknya
Biar telus,biar jujur segala perbuatan
Semoga dipercayai diyakini semua.

Amanah,Amanah,Amanah
Tugas yang diberikan oleh guru,oleh rakan dijalankan sebaiknya
Wang kutipan kelas dan persatuan terjaga rapi.

Amanah,Amanah,Amanah
Apabila dewasa,akan kuteruskan pegangan hidupku
Menegakkan kejujuran mempertahankan kebenaran
Baik sebagai pekerja ataupun majikan
Menjaga kepentingan kerja dengan penuh kewajipan

Menjaga wang dan harta benda dengan penuh kepercayaan.

Sajak ini telah menunjukkan pentingnya mengamalkan nilai jujur dalam kehidupan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan